CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 15, 2011

Sifat Terpuji RASULULLAH S.A.W perlu kita teladani...





Rasanya macam baru semalam sambut Maulidur Rasul
Tup..tup..tup..tahun ni menjelma lagi..
Berbeza sket dengan tahun yang lepas..
Agak meriah bila ada orang yang berarak di kawasan rumah..
Mengalunkan selawat ke atas Nabi beramai-ramai..
Sambil membawa sepanduk dan kain rentang..

Tapi tahun ni, macam biase...yang gah kat TV je...
Motivasi dan seruan oleh pakar-pakar motivasi, dan ustaz-ustaz
 Yang tak putus-putus memuji sifat-sifat mulia Nabi
Tu pun blum tentu ade orang yang akan tengok..
Apatah lagi nak menghayati erti perjuangan Nabi...

Kalau diikutkan hati, nak je ulang balik nostalgia zaman sekolah dulu..
Bukan ape..seronok sebenarnye..dari zaman skola rendah, smpaila ke menengah..
Macam-macam persiapan yang kita buat...
Sediakan kain rentang, pertandingan nasyid, tilawah al-Quran dan macam-macam lagi..
Tapi skang.....dah tak macam dulu..

Aku rindukan suasana tu..
Rindu waktu kami sama-sama berarak memakai baju kurung..
Rindu waktu berpeluh-peluh bila matahari dah mula naik..
Rindu waktu ramai-ramai berjalan sambil mengalunkan selawat ke atas Nabi..
Rindu waktu kami berlawan, pasukan mana yang lebih berdisiplin
 dan yang terbaik dalam mengalunkan selawat Nabi...

Ape-ape pun, yang paling penting..walau kenangan tu dah tak sama macam sekarang..
Diri sendiri yang perlu tau, cara nak mengingatkan Rasulullah dalam hati masing-masing..
Perjuangan Nabi dalam menegakkan Islam adalah satu PUJIAN yang sangat besar...
Beliau terlalu TABAH, SABAR, BERANI, dan macam-macam lagi sifat mulia yang tak dapat kita rungkaikan kerana itulah beliau di gelar sebagai ULUL AZMI...
Meneladani sifat beliau adalah sangat di tuntut...
Semoga kita semua dirahmati, diberkati dan dilindungi dari perkara-perkara yang jahat..
INSYA ALLAH...


Lagu untuk RASULULLAH S.AW

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )




0 comments:

Post a Comment