CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 27, 2011

Tanya Sama Hati



Tanya Sama Hati..
Kenapa aku sayang..
Sebab aku ni lemah matematik time sekolah dulu..
Bila dia ajar, aku terus lulus..!!
Kalau tak dulu asyik merah terus-menerus...

Tanya Sama Hati..
Kenapa aku sayang..
Sebab aku ni keras kepala..
Tapi disebabkan sifat sabar dia..
Aku makin jatuh cinta...

Tanya Sama Hati..
Kenapa aku sayang..
Sebab time aku sakit dulu..
Sedaya upaya dia tolong print and bindingkan asssignment aku..
Sifat tanggungjawab dia membuatkan aku terharu..

Tanya Sama Hati..
Kenapa aku sayang..
Sebab aku ni kadang-kadang lurus bendul..
So, dia akan bagi pendapat and tips untuk diperbetul..
Sebab tu sayang aku berbakul-bakul..

Tanya Sama Hati..
Kenapa aku sayang..
Sebab aku ni sangat suka makan sardin dan ikan keli..
Sampai kat dia, memang dia penggeli..
Tapi lama2 dia cuba makan sebab nak ambil hati..

Tanya Sama Hati..
Kenapa aku sayang..
Sebab aku ni suka sangat warna merah jambu..
Dia pulak suka warna biru..
Kadang2 dia cakap mata dia dah naik berbulu..
Tapi kerana sayang, dia masih dengan aku..

Tanya Sama Hati..
Kenapa aku sayang..
Sebab dia suka buat lawak dan aku ketawa...
Walaupun kadang2 lawaknya tak seberapa..
Tapi dia adalah orang yang selalu buat aku bahagia..

Tanya Sama Hati..
Kenapa aku sayang..
Walau kadang kami bertikam lidah..
Mesti salah seorang akan mengalah..
Sebab kami tak suka nak ambil masa yang panjang untuk bertelagah....

Tanya Sama Hati...
Kenapa aku sayang...
Bila makan, aku akan pastikan tiada benda yang berterabur..
Sampai dia makan, habis meja semua jadi kotor...
Tapi tak mengapa, semua benda tu boleh di atur...

Tanya Sama Hati..
Kenapa aku sayang...
Sebab bila aku nak ketawa aku memang tak boleh nak tahan..
Sampai dia bagi isyarat supaya nada aku diperlahankan..
Malulah sebab aku ni perempuan, kene ada adab sopan...

Tanya Sama Hati...
Kenapa aku sayang..
Sebab kami pun dah kenal lama..
Kenal sejak dari darjah lima..
Walaupun citarasa kami kadang berbeza..
Tapi kami still bersama sebab masih berkongsi citarasa yang sama...
Dugaan datang itu perkara biasa..
Kita perlu pandai untuk selesaikannya...

Perancangan kami sudah ada...
Semoga apa yang diimpakan menjadi nyata..
Minta doa dari kalian semua...
Semoga hati kami disatukan bila tiba saatnya...

INSYAALLAH......

Bisik-bisik : "Dugaan datang tu perkara biasa...tapi bila dugaan datang dalam keadaan luar biasa, kadang-kadang susah jugak nak handle...huhuhu..positif,positif,positif...think positif...!!"











Saturday, June 25, 2011

Apa itu Vitamin B Complex..?

Salam semua...
Dah lama sangat tak update blog...kalau rumah dah bersawang agaknya..
Ada sedikit info yang aku nak share dengan korang semua..
Tak banyak pun..sikit aje...
Just untuk pengetahuan bagi mereka yang tak tahu lagi tentang khasiat 
"VITAMIN B COMPLEX" dalam badan kita..

Since aku masuk wad hari itu..
Agak banyak ubat yang doktor bagi kat aku..
Ubat tambah darah dan vitamin..
Tapi kebanyakannye vitamin la..ubat vitamin je...
So, takdelah kronik mana...heehehe..
Kalau sebut vitamin C, rasanya ramai dah tahu tentang vitamin nie..
Tengok buah oren pun kita dah tau, ade vitamin C dalam buah tu..

Tak nak celoteh panjang sangat..jom kita baca serba ringkas mengenai fungsi 
VITAMIN B COMPLEX
dalam badan kita...

Salah satu tugas B-Complex ialah menukarkan makanan kepada tenaga. Bila kita makan nasi di waktu tengahari kita akan rasa mengantuk sebab metabolisme dalam perut bertungkus lumus nak menjadikan makanan yang di makan kepada tenaga, akibatnya kita jadi mengantukJadi B-Complex akan bertindak menukarkan makanan kepada tenaga dengan segera, dan sebab itu lah kena makan B-Complex selepas makan nasi bukan sebelum makan. Kalau makan B-Complex sebelum makan pun boleh,tapi itu yang orang kata makan B-Complex jadi lapar,sebab tak ada apa yang nak di tukar jadi tenaga. 


8 vitamins: Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) and Folic Acid (B9) .

Secara umunya fungsi Vitamin-B
* membantu mengatasi kelesuan
* penting bg kesihatan mental, mencegah kekurungan, anti-stress
* membantu dlm pembinaan tenaga dari makanan
* gula, alkohol, pain killer, antibiotik & pil perancang meningkatkan keperluan vitamin B
* Perlu bagi urat saraf

INFO TAMBAHAN
membawa oksigen ke otak merupakan sebagai penenang, mengurangkan minyak di muka, memberi kecergasan kerana B complex menukarkan protin menjadi tenang, persediaan utk hari tua supaya tak, nyanyuk , dapat tidur yang berkualiti bukan berkuantiti , kalau ibu menyusukan anak dapat memberikan, susu yg berkualiti, permulaan mengandung boleh mengurangkan morning sickness , dan mempunyai vitamin B yang cukup untuk badan.

Okeylah...rasanya ini je info yang boleh aku share tentang kebaikan VITAMIN B dalam badan kita..
Kalau nak diikutkan banyak lagi info yang boleh kita dapat dalam internet ni..
Masa sekolah dulu ada jugak belajar pasal vitamin2..
Aku sangat minat dengan subjek Sains..
Nak selak buku balik dah malas..search je kat Google dah jumpa..
Masa SPM dulu Sains aku dapat A..hehehe..
*jangan nak riak sangatlah Farah*
PEACE..!! ^_^v

Bisik-bisik : Kat bilik aku ada 2 nota berwarna kuning yang ditulis oleh adikku sendiri. Ditampal di pintu almari dan di depan cermin. Bunyinye begini. "Makan ubat farah GEDIK". Bila terpandang je nota tu, aku terus capai botol air dan ubat. Thanx kepada adikku Ecah, sebab 'tolong ingatkan aku'. huhuhu...




Thursday, June 23, 2011

Sedetik Lebih Untuk Ibu Bapa Kita

ABAH : "Buatlah yang terbaik untuk mak abah.... Abah dah tua... Dah tak macam dulu.. Nak bawak teksi 24 jam mane boleh... Kena rehat jugak... Anak2 abah semua kene belajar rajin2.... Nak cari duit bukan senang... Jangan hampakan mak abah...Abah bersyukur sangat, sebab anak abah semua dapat sambung belajar... Tak sia2 abah cari duit siang malam... "

MAK : "Mak jage anak orang ramai2 ni bukan ape, untuk kesenangan korang sume...kalau mak tak jage anak orang, siape nak tolong abah...?? Korang semua belajar la elok2... yang penting, jangan lupakan mak abah... Korang nak ape mak dah belikan, korang nak but bola, abah dah belikan... Korang nak duk rumah yang selesa, abah dah buatkan... Korang nak naik kereta yang selesa sikit, abah dah tukar , tapi masih kereta teksi lagi la.. dah itu pendapatan untuk kita semua..jadi  janganlah sia2 kan pengorbanan mak abah.."


Mak....Abah... kami tak mintak lebih pun... cukuplah apa yang kita dah ada sekarang... kami semua faham, bukan senang nak cari duit... kena berusaha.... kejayaan atau kekayaan bukan datang secara bergolek...semua kena ada usaha....

Pengorbanan mak abah dah cukup banyak bagi kami... Sekarang ni adalah masa bagi kami semua untuk membalas segala pengorbanan mak abah yang tak terhitung nilainya... Kami mintak maaf mak..abah... Kadang ada terkasar bahasa yang tidak disengajakan... 

Kadang terfikir, kenapa perlu melawan mereka..?? Sedangkan setiap teguran dan amarah yang diberikan bukan omongan kosong... Tapi ada NILAI yang sebenarnya membawa maksud yang cukup besar bagi kita....
Sebab tu kalau boleh, jangan sesekali kita melawan mereka... Mereka banyak berkorban untuk kita.. Kalau marah bukan sebab tak sayang.....tapi teguran yang baik untuk masa depan kita.. Betapa pentingnya mereka dalam hidup kita.. Tanpa mereka berdua, takkan lahir kita di dunia.. Bohonglah andai ada yang mengatakan ibu bapa tak sayang kita... Seteruk mana mereka pun, mereka tetap ibu bapa kita....

Tapi sayangnya masih ada segelintir anak-anak yang tidak kenang jasa ibu bapa mereka.... Tak sedarkah mereka, betapa payahnya mereka mencari duit untuk sesuap nasi.... Ye, mungkin kau akan pandang remeh tentang hal mencari duit ni...nampak mudah bagi mereka yang hidup senang...tapi percayalah...
Ibu bapa sanggup memujuk kita waktu kita masih kecil.. Segala kemahuan kita mereka turutkan... Ibu bapa mana yang sanggup membiarkan anak mereka tidak makan... Ibu bapa mana yang sanggup membiarkan anak mereka bebas ke sane ke sini tanpa pemantauan...tapi kadang sebab kehendak anak, kebahagian anak..mereka turutkan...walaupun pada hakikatnya mereka tak merelakan....

Sedarkah kita bila mereka menangis mengenangkan sikap kita...?? Sedarkah kita bila hati mereka terluka...?? Pernah kita pujuk mereka dengan meluahkan kata-kata maaf setelah kita membuat kesalahan...?? Kita mungkin tak sedar...kadang waktu kita lena dibuai mimpi.. Mereka meluahkan perasaan antara satu sama lain..memikirkan hari esok yang bakal mendatang....cuba memberi yang terbaik untuk anak mereka....
Sedih bagi mereka yang tak punya ibu bapa...tapi yang masih ada ibu bapa, hargailah mereka...jangan sampai mereka hilang dari mata kita baru nak tersedar....Nak menyesal pun dah tak guna.. Selagi hayat dikandung badan..selagi itulah kita harus berjasa dengan mereka.... 

Sayangilah ibu bapa kita....kenanglah jasa dan pengorbanan mereka....doakanlah mereka...dan sedarilah betapa pentingya mereka dalam hidup kita....Kadang2 kita lupa yang ibu bapa kita lah selalu berada di samping kita....Mereka ada saat kita susah dan senang dan selalu ambil berat tentang kita....Nak jadi yang terbaik di antara yang terbaik memang susah...yang penting jangan menyusahkan mereka.... Kalau nak duit, mintak mereka... Kalau lapar pun cari mereka... (mase kecik2 dulu la)...


Tapi bagi mereka yang sudah punya kerjaya, jangan lupa untuk hulurkan sedikit duit dr hasil gaji kita....tak abislah rezeki kita kalau bagi kat ibu bapa sendiri...rajin2 lah jenguk mereka...tak jenguk sekalipun, tanyalah khabar melalui telefon...tak pun sms je pun boleh...kita tak tahu sihat ke mereka ke sane...?? kalau call client sane sni boleh, mesej dgn awek/pakwe setiap mase smpai abis kredit boleh...takkan nak kol ibu bapa tak boleh..?? Renungkanlah bagi mereka semua yang masih punya ibu bapa... Sayangilah mereka...

Lirik lagu Sedetik Lebih ini saya tujukan khas buat mereka yang bergelar MAK dan ABAH...Farah sayang sangat dengan mak abah...Kamu berdua sangat bererti dalam hidup Farah...Semoga Allah panjangkan umur kalian berdua...Bersyukur kerana aku dikurniakan kedua ibu bapa yang cukup memahami dan sentiasa ada saat aku memerlukan mereka...

Kekasihku Selamanya

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

*SAYANG MAK ABAH SELAMA-LAMANYA...LOVE U...UUUMMMMMAAAAHHHHH....*