CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 22, 2011

Pernah tak kita terfikir...Kalau Hati Tak Ikhlas.....????


Kalau Hati Tak Ikhlas.....
Jangan haraplah apa yang kita harapkan tu jadi kenyataan..
Tapi perkara ni memang betol pun..
Kalau kita biasa dengar perumpamaan ni..
"Haaa...tu tak ikhlas la tu...sebab tu tak jadi"

Sebut pasal keikhlasan ni, banyak perkara yang aku nak kongsi..
Bukan ape, dalam setiap kehidupan yang kita lalui ni..
Keikhlasan tu sangat penting...!!! 
Tanpa keikhlasan, setiap perkara yang kita kerjakan tak kan menjadi..
Kalau jadi sekalipun, benda tu tak kan sempurna seperti yang kita harapkan..

Pentingnya keikhlasan ni..sama pentingnya dengan niat kita..
Kalau ada niat tapi tak disertakan dengan keikhlasan...memang susah nk cakap..
Macam tu jugaklah tanggungjawab kita sebagai anak, pelajar, kawan, isteri atau suami dan lagi penting tanggungjawab sebagai hamba Allah..
 
Bermula daripada anak..kita telah dididik oleh ibu bapa kita..
Bohonglah kalau mak bapak tak pernah mengajar anak..
Sekurang-kurangnya ada juga nasihat yang mereka bagi..
Ada juga pengorbanan yang telah mereka beri..
Apa salahnya sebagai anak, kita tunaikan permintaan mereka..
Apa salahnya kita IKHLASkan hati kita dalam melakukan suruhan mereka..

Kalau hati IKHLAS, insyaAllah, keberkatan tu ada..
Dengan keberkatan tu, mungkin kita terhindar daripada perkara yang tak elok..
Ini tidak..ada sesetengah anak yang tak pernah menilai pengorbanan ibu bapa mereka..
Tak terfikir ke dalam benak fikiran mereka betapa payahnya  ibu bapa kita mencari rezeki untuk membesarkan kita, berjaga siang malam waktu kita sakit, memberi kebahagiaan waktu kita berduka, memeluk erat tubuh kita waktu masih kecil, menyapu air mata kita waktu menangis andai permintaan tak ditunaikan...
Susah sangat ke untuk menyenangi hati mereka..??
Susah sangat ke nak tunaikan pemintaan mereka..??
Tolonglah kenang mereka....kenang jasa mereka..kenang pengorbanan mereka...jangan sampai mereka tiada dunia..baru kita nak bukak memori lama...
Takkan rugilah hidup andai kita ikut kata-kata mereka...
 
Cukup-cukuplah dengan dosa yang pernah kita buat sejak dari kecil..
Melawan kata-kata mereka..
Bila diberi kerja, buat acuh tak acuh..
Bila dipanggil, mula pekakkan telinga..
Bila dimarah, mula nak menjawab...
Itu belum campur dosa kita dengan Allah..
Sehinggalah bila kita dewasa..jika perkara ni tak di ubah..

Tak kan aman hidup di dunia...
Pangkat tinggi mana pun, kalau hati tak senang pun tak guna..
Kumpul duit banyak mana pun, kalau hutang keliling pinggang pun akan merana..
Susah kalau hidup kita takde keikhlasan...sebab tu kita perlu REDHA...

Jangan membantah andai ibubapa tahu apa yang terbaik untuk kita...
Jangan salahkan mereka andai hidup kita porak peranda..
Pokok pangkalnya dari diri kita sendiri..
Fikir balik apa yang pernah kita buat sebelum ni...
Kenapa apa yang kita buat asyik tak menjadi...??
Kenapa rumah tangga tak pernah harmoni...??
Kenapa hidup sentiasa di bebani masalah yang tak jumpa konklusi..??

Sebab tu pentingnya IKHLAS...
Bila hati ikhlas...kita akan redha dengan ketentuan..
Terima hakikat andai itulah dugaan yang perlu kita terima..
Jangan salahkan orang lain...tepuk dada tanya hati..
IKHLAS ke kita melakukannya..??
IKHLAS ke hati kita..??

I = IMAN DALAM HATI
K = KEKUATAN DALAM JIWA
H = HIDUP HARMONI
L = LAMBAIAN KE SYURGA
A = ALLAH MAHA ESA
S = SYURGALAH TUJUANNYA


 
"Hati Yang Paling Perlu Kita Jaga adalah IBU BAPA kita dan sentiasalah doakan kesejahteraan mereka"



created by : Farah Ishak







Sunday, February 20, 2011

KeRaNa TerLuKa


Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan...



Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya...

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini
 

Kiranya tempias membasahi jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

Artis : Nurul

Tuesday, February 15, 2011

Sifat Terpuji RASULULLAH S.A.W perlu kita teladani...





Rasanya macam baru semalam sambut Maulidur Rasul
Tup..tup..tup..tahun ni menjelma lagi..
Berbeza sket dengan tahun yang lepas..
Agak meriah bila ada orang yang berarak di kawasan rumah..
Mengalunkan selawat ke atas Nabi beramai-ramai..
Sambil membawa sepanduk dan kain rentang..

Tapi tahun ni, macam biase...yang gah kat TV je...
Motivasi dan seruan oleh pakar-pakar motivasi, dan ustaz-ustaz
 Yang tak putus-putus memuji sifat-sifat mulia Nabi
Tu pun blum tentu ade orang yang akan tengok..
Apatah lagi nak menghayati erti perjuangan Nabi...

Kalau diikutkan hati, nak je ulang balik nostalgia zaman sekolah dulu..
Bukan ape..seronok sebenarnye..dari zaman skola rendah, smpaila ke menengah..
Macam-macam persiapan yang kita buat...
Sediakan kain rentang, pertandingan nasyid, tilawah al-Quran dan macam-macam lagi..
Tapi skang.....dah tak macam dulu..

Aku rindukan suasana tu..
Rindu waktu kami sama-sama berarak memakai baju kurung..
Rindu waktu berpeluh-peluh bila matahari dah mula naik..
Rindu waktu ramai-ramai berjalan sambil mengalunkan selawat ke atas Nabi..
Rindu waktu kami berlawan, pasukan mana yang lebih berdisiplin
 dan yang terbaik dalam mengalunkan selawat Nabi...

Ape-ape pun, yang paling penting..walau kenangan tu dah tak sama macam sekarang..
Diri sendiri yang perlu tau, cara nak mengingatkan Rasulullah dalam hati masing-masing..
Perjuangan Nabi dalam menegakkan Islam adalah satu PUJIAN yang sangat besar...
Beliau terlalu TABAH, SABAR, BERANI, dan macam-macam lagi sifat mulia yang tak dapat kita rungkaikan kerana itulah beliau di gelar sebagai ULUL AZMI...
Meneladani sifat beliau adalah sangat di tuntut...
Semoga kita semua dirahmati, diberkati dan dilindungi dari perkara-perkara yang jahat..
INSYA ALLAH...


Lagu untuk RASULULLAH S.AW

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )




Friday, February 11, 2011

Kahwin-Kahwin

Huhuhuhuh..
Lame dah x update blog...bz sgt sejak2 akhir ni...Sibuk wat psiapan kahwin akak aku...Drp Cik Farhana, kini dah jd Puan...congratz to my sis..

Spanjang ksibukan tu, mcm2 bnda yg aku wat...Dr start ari akak aku btunang, bkampung, mlm nikah smpaila ari bsanding..Dia punye penat x bleh nk cakap....Orang yg dtg plak mmg rmai..Nak mlayan sume mmg tak terlayan.... Yg paling ksian kt mak bapak aku...lagi2 time bab masak-memasak...org tu sruh msak lauk lain, yg org sne plak ckp lain..dh berbelah bagi jdnye..padahal sume bnda dh dirancang..tp sbb byk sgt kpale..dh jd susah...tp xpela..ni pun 1st time umah aku wat keje kawin...yg penting sumenye dh slamat....

Masa bertunang 13 Dec 2010

Hantaran dari kedua belah pihak (tunang)

Persiapan untuk malam berkampung (seminggu b4 majlis blangsung)

Waktu malam berkampung


Pelamin untuk kedua mempelai

Malam nikah tema warne biru

Bilik pengantin yg simple (aku yg decorate) kakak aku suke yg simple2 je..

Mak and abah yg dah kepenatan sebenarnye..



One happy family at home...hehehe...

With my younger sister (ecah)

"Ini je la yg dapat nk upload...nak upload semua x larat..coz byk sgt...huhuhhu.."