CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 31, 2011

Last Keluar Sebelum Puasa

Hujung minggu telah aku habiskan masa bersama seorang sahabat ku yang ku kenal since belajar kat Melaka dulu...
Adillah nama dia..tp dikalangan yg terapat kami panggil dia "DIL"..hehehe..
Orangnye sweet..garang/tegas..sensitif sikit...huhuhu...
Ni la orangnye...
Alamak...macam model la plak....!! Hehehe..
"Jangan marah dil..."

Ini gambar kami berdua..

Ala..kami tak pegi mana pun..Jusco Bukit Raja je...
Tujuan jumpa macam biasa la... nak borak panjang..
Cerita itu..cerita ini...dalam ramai member aku..
Dia sorang je yang nak sambung master..
Aku nanti2 lah dulu...
By the way... "Good Luck Beb"

Lepas borak macam biasa kami akan makan and kali ni aku makan tak berapa nak licin..
Kalau tak selalunye mesti akan aku habiskan sisa2 di pinggan aku....selera makan agak kurang hari ini..
Sepatutnye aku kena makan banyak sikit....sok nak puasa kot...huhuhu..


Lepas makan...kami terus masuk panggung and tengok cerita Harry Potter..


Kalau nak diikutkan..aku tak berapa nak mengikuti cerita ni..orang dok cerita Harry Potter sana sini...aku asyik pekakkan telinga...Sebab tak pernah tengok betul2 pun...unless masa kat umah....tu pun entah zaman bila aku pun tak ingat..
Kakak aku yang pasang dvd cerita tu...adik aku sume layan....aku layan sekejap aje..

Harry Potter masa zaman kecik2...

Setelah aku tengok petang tadi..barulah aku faham... Kenapa orang asyik mengikuti cerita itu... Dia ada flashback kan balik dari Harry Potter kecik and macam mana Harry Potter boleh ada kuasa tersebut..
Nasib baik cerita dia best.. Tapi banyak dialog... Yang penting happy ending.. Sebab Harry Potter tak mati pun.. Nama pun Hero kan....

T.A.M.A.T

Bisik-bisik : "Bilalah cerita hidup aku ni nak happy ending....huhuhuhu"




Saturday, July 30, 2011

Lirik Lagu Kisah Dongeng - Stacy


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Thursday, July 28, 2011

Allah itu Maha Adil. Dia tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi Dia kurniakan apa yang kita perlukan


Benar, Allah itu Maha Adil. Dia tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi Dia kurniakan apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita kecewa dan terluka tetapi jauh di atas segalanya, Dia telah mengatur yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216:
".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."
Sometimes I asked for strength but Allah gave me difficulties so that i will be stronger.
Sometimes I asked for wisdom but Allah gave me problems so that i could think the ways of solving them.
Sometimes I asked for prosperity but Allah gave me brain so that i could use it to become a successful Muslim.
Sometimes I asked for courage but Allah gave me dangers so that i could find the ways to overcome those obstacles.
Sometimes I asked for love but Allah gave me tears so that i could drop them when I see those orphans live without love.
Sometimes I received nothing that I wanted but Allah always gave me everything that I Need.
LA TAHZAN YA MUSLIMIN, INNALLAHAMAAKUM!

Sumber di ambil dari  :

Tuesday, July 5, 2011

Story pasal PTPTN...Keluhan Demi Keluhan...


Baru lepas baca blog salah seorang teman blogger yang bercerita pasal bebanan yang terpaksa dihadapi oleh beliau mengenai permbayaran hutang PTPTN yang makin lama makin teruk...

Baca punye baca, aku semakin khuatir andai aku menerima nasib yang sama dengannya... 
Keluhan beliau ialah mengenai terdapat hidden charge yang dikenakan oleh pihak PTPTN dan kebanyakkannya relate dengan peguam mereka...

Kita yang baru habis belajar ni pun dok fikir, macam mana nak jelaskan hutang PTPTN bila dah dapat kerja yang betul2....tapi kalau nasib kita sama macam kes teman blog ni mcm mana..?? Huhuhuhu...

Kalau korang nak tahu apa cerita dia, jom kita tengok link ni..