CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 25, 2011

Apa itu Vitamin B Complex..?

Salam semua...
Dah lama sangat tak update blog...kalau rumah dah bersawang agaknya..
Ada sedikit info yang aku nak share dengan korang semua..
Tak banyak pun..sikit aje...
Just untuk pengetahuan bagi mereka yang tak tahu lagi tentang khasiat 
"VITAMIN B COMPLEX" dalam badan kita..

Since aku masuk wad hari itu..
Agak banyak ubat yang doktor bagi kat aku..
Ubat tambah darah dan vitamin..
Tapi kebanyakannye vitamin la..ubat vitamin je...
So, takdelah kronik mana...heehehe..
Kalau sebut vitamin C, rasanya ramai dah tahu tentang vitamin nie..
Tengok buah oren pun kita dah tau, ade vitamin C dalam buah tu..

Tak nak celoteh panjang sangat..jom kita baca serba ringkas mengenai fungsi 
VITAMIN B COMPLEX
dalam badan kita...

Salah satu tugas B-Complex ialah menukarkan makanan kepada tenaga. Bila kita makan nasi di waktu tengahari kita akan rasa mengantuk sebab metabolisme dalam perut bertungkus lumus nak menjadikan makanan yang di makan kepada tenaga, akibatnya kita jadi mengantukJadi B-Complex akan bertindak menukarkan makanan kepada tenaga dengan segera, dan sebab itu lah kena makan B-Complex selepas makan nasi bukan sebelum makan. Kalau makan B-Complex sebelum makan pun boleh,tapi itu yang orang kata makan B-Complex jadi lapar,sebab tak ada apa yang nak di tukar jadi tenaga. 


8 vitamins: Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) and Folic Acid (B9) .

Secara umunya fungsi Vitamin-B
* membantu mengatasi kelesuan
* penting bg kesihatan mental, mencegah kekurungan, anti-stress
* membantu dlm pembinaan tenaga dari makanan
* gula, alkohol, pain killer, antibiotik & pil perancang meningkatkan keperluan vitamin B
* Perlu bagi urat saraf

INFO TAMBAHAN
membawa oksigen ke otak merupakan sebagai penenang, mengurangkan minyak di muka, memberi kecergasan kerana B complex menukarkan protin menjadi tenang, persediaan utk hari tua supaya tak, nyanyuk , dapat tidur yang berkualiti bukan berkuantiti , kalau ibu menyusukan anak dapat memberikan, susu yg berkualiti, permulaan mengandung boleh mengurangkan morning sickness , dan mempunyai vitamin B yang cukup untuk badan.

Okeylah...rasanya ini je info yang boleh aku share tentang kebaikan VITAMIN B dalam badan kita..
Kalau nak diikutkan banyak lagi info yang boleh kita dapat dalam internet ni..
Masa sekolah dulu ada jugak belajar pasal vitamin2..
Aku sangat minat dengan subjek Sains..
Nak selak buku balik dah malas..search je kat Google dah jumpa..
Masa SPM dulu Sains aku dapat A..hehehe..
*jangan nak riak sangatlah Farah*
PEACE..!! ^_^v

Bisik-bisik : Kat bilik aku ada 2 nota berwarna kuning yang ditulis oleh adikku sendiri. Ditampal di pintu almari dan di depan cermin. Bunyinye begini. "Makan ubat farah GEDIK". Bila terpandang je nota tu, aku terus capai botol air dan ubat. Thanx kepada adikku Ecah, sebab 'tolong ingatkan aku'. huhuhu...




2 comments:

Unknown said...

ya vitamin B sangat baik untk tenaga yang berpanjangan. badan xlesu kalau makan b complex hari2.. :)

Unknown said...

ya vitamin B sangat baik untk tenaga yang berpanjangan. badan xlesu kalau makan b complex hari2.. :)

Post a Comment