CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 12, 2014

Puan Boleh..!! Push..puan...!! Puuuuuush....!! (Pengalaman bersalinkan Qasrina)


Assalamualaikum w.b.t buat uoolllsss....
 
 Blog aku dah lama terbengkelai...berhabuk dan bersawang bagai..sampai lupa yang aku ada blog sebelum ni..last update 9 October 2011 (zaman anak dara lagi time ni)..hikhikhik..Okey, tak nak cerita panjang kat intro, sebab entri yg aku nak share memang panjang.. just nak share pengalaman bersalin anak pertama walaupun pada hakikatnya sekarang ni aku tengah sarat mengandungkan anak ke-2.
AMARAN : CERITA INI AGAK PANJANG!!
 4 hari sebelum bersalin..sempat posing sebelum pergi rumah mak..



"Eh..sempat senyum pulak dia..." beberapa jam selepas dikeluarkan dari labour room.. 





 - Nur Qasrina Ramadhani -

 
 
Dijangka bersalin pada 4 Julai 2013, tapi overdue 7 hari..so bersalin pada 11 Julai 2013 ..Doctor cakap aku salah kira tarikh last period. Whatever la..yang penting baby aku sihat. Masuk hari ke-4 overdue, family belah mertua dan family aku mula risau..suruh aku pergi hospital..sebab takut kalau apa2 jadi kat baby..aku bukan tak nak pergi..tapi aku memang tak rasa sakit..dan aku memang tak nak check in lama2 kat hospital..aku tak nak buang masa dan menyusahkan husband time tu..tapi bila orang tua dah cakap macam tu, aku ikutkan juga..
 
9 Julai 2013 (Malam pertama di PPUM)
 
Sebelum pegi hospital, lepak rumah mak, makan2 and tolong mak jaga anak orang...time ni mak aku tanya lagi.." ko tak rasa sakit ke Farah..?" soal mak.. "Belom mak..tak rasa sakit apa pun lagi.." jawab aku..then mak sambung lagi.."macam mana pun, ko kena pergi hospital jugak..dah overdue jangan buat main2..anak sulung ni...duduk je hospital..apa2 doktor boleh pantau..pergi call Rahim, suruh gi hospital". Petang tu jugak aku call hubby, then kitorg decide gi PPUM..dah la tak booking, main terjah je..sampai kaunter, jumpa nurse and explain lah yang aku dah overdue 4 hari, bla..bla....and saya ada rasa sakit sikit2.. "boleh tak saya nak bersalin kat sini?" (padahal aku ok je..kalau ajak jalan gi IKEA pun boleh lagi ni).. Time tu muka nurse dah semacam, dia belek2 buku pink aku tu..then baru dia buka mulut."Okey puan, memandangkan puan dah overdue..kami terpaksa terima..Puan duduk dulu..kami akan arrange ward untuk puan" fuuuhhh..legaaaaaa..diorang terima jugak..so, ni kira malam pertama di PPUM...
 
Request murtabak time ni..teringin pulak...
 
Bermulalah episode boring aku duk kat ward..aku langsung takde tanda nak bersalin, kalau katil sebelah dah ada tanda darah keluar..yang katil depan air ketuban dan pecah, tengahari masuk labour room.yang katil depan satu lagi…esok kena czer....

Aku..?? masih takde petanda...member2 and sedara semua dah tau aku masuk ward..so, rajin jugak diorang dok wassap dengan aku..tanya khabar n bagi tips..tapi kesian kat hubby, dia kena ambik cuti awal sebab nak temankan aku..jenuh pujuk baby.."Baby keluarlah….at least bagi la hint..mama tau tau rasa sakit tu yg macam mana"
 
Petang tu mak n abah datang…soalan yang sama keluar dari mulut mak. "Kau ada rasa sakit2 tak..??"....."sakit yang macam mana mak? Farah sakit biasa2 tu ada la..mcm senggugut..tapi boleh tahan lagi.."aku tau, mak risau, tapi puas aku pujuk mak..doktor cakap baby dalam perut okey..dia nak tunggu bulan Ramadhan kot mak…hikhikhik..hubby lagi lah…asyik dok bercakap dengan perut aku.. "Keluar cepat baby..papa tak sabar nak jumpa kamu sayang..janganlah buat kami tertunggu" pujuk suami aku sambil dok usap2 perut aku yang membonjol ke depan..
 
10 Julai 2013 – Ramadhan pertama (Malam ke-2 di PPUM)
 
Pagi aktiviti macam biasa..aku dok jalan sana sini dalam ward...bagi cepat sikit bersalin..then borak dgn hubby..borak dengan orang katil sebelah…tapi aku tak tahu kenapa..hari ni aku saaaangat sensitive..phone aku tak berhenti bunyi..semua orang dok call aku and wassap aku..diorang tanya soalan yang sama.. "Dah bersalin belum??" aku terus menangis semahu-mahunya…tak tahu kenapa aku macam tu..hubby cepat2 tarik tirai tempat aku supaya orang dalam bilik tu tak nampak aku menangis.. dia terus peluk aku..cuba tenangkan aku.. sebab aku nangis macam budak kecik yg tersedu sedan menahan nangis..dia suruh aku selawat banyak2..jangan stress…then aku suruh hubby balik awal, biar dia berbuka kat rumah..kesian dia tunggu aku dari pagi..
 
 
Hubby sampai tertidur...kesian...
 
Then petang dah nak berbuka time tu..doctor dtg.. "Puan, sekarang macam mana..? Saya rasa puan salah kira tarikh last period kot" Tanya doctor sambil tersenyum simpul.."Entahlah doctor..saya pun tak sure..saya tak rasa sakit kuat lagi doctor..kalau boleh saya nak bersalin esok boleh tak doctor..? saya dah bosan duk kat ward.." hehehe.. "saya check bukaan cm puan dulu..mcm mana pun, esok dah hari ke-7 overdue, so memang nak tak nak puan kena bersalin esok.." lepas doctor check, doctor kata dah bukak 2cm.. "Puan tak rasa sakit ke? Dah bukak 2cm ni.." Tanya doctor.. "sakit yang macam mana ye doctor..?? dia kena tunggu sakit yang kuat kan doctor?" pastu doctor kerutkan dahi..aku tak boleh nak imagine sakit tu yang macam mana..sebab aku rasa okey lagi masa tu.. "air ketuban tak pecah lagi ye?? Ada darah kuar tak..?? "cepat2 aku respon pertanyaan doctor.. "takde doctor" sambil menggelengkan kepala.. "okey, malam ni kalau air ketuban tak pecah jugak, esok dah boleh masuk labour room..kita akan pecahkan sendiri..air ketuban kalau tak pecah, bukaan cm memang akan jadi lambat..perut puan pun nipis..tengok perut puan, baby macam besar..tapi, please maklumkan awal2 kepada kami kalau dah sakit sangat..” jelas doctor..
 
Malam tu, macam biasa…lepas solat Isyak..aku sempat mengaji habiskan satu surah Maryam dengan surah Nabi Yunus..baca surah2 lazim..dalam pukul 12 lebih, aku mundar mandir jalan sana sini..nurse sempat ingatkan aku..aku kena berehat sebab esok dah mula masuk masuk labour room…aku pun baring balik kat katil, then diorang pasangkan alat CTG kat perut aku supaya dapat pantau graf jantung baby dan graf contraction aku…so far nurse ckp, baby okey and contraction aku pun dah mula naik sikit dalam graf..tapi aku still boleh bertahan lagi..hubby pun call malam tu, aku terus bagi tau hubby yang aku maybe bersalin esok..kitorg bergayut macam mula2 couple dulu..lama jugak kitorang berborak..sampai aku dah ngantuk sangat, lama2 aku pun tertido..
 
11 Julai 2013 – Ramadhan kedua (Malam ke-3 di PPUM) "Welcome to the world Qasrina"
 
Bangun tido, usai solat Subuh..aku mengaji lagi...al-Quran memang tak lekang dari tangan aku..nurse sempat ingatkan aku..supaya ambil sarapan dan jangan lupa buang air besar..sebab dalam kul 11 pagi macam tu, dia nak bawak aku pergi labour room..sbb graft contraction aku semalam dah tunjuk tanda tinggi..aku mula kemas2 barang sebab satu barang pun tak dibenarkan masuk dalam labour room..aku sempat kol hubby, call mak aku untuk minta maaf dan doakan aku supaya dimudahkan bersalin...tiba2 nurse cakap kena tangguh lagi sejam..sebab bilik yang aku nak masuk tu masih ada patient lagi..aku cakap kat rahim, kalau sempat kita boleh jumpa kejap…tapi memang tak sempat..huhuhuhu...
 
Pukul 12, aku di sorong masuk dalam labour room…pakai kerusi roda je..hehehe... okey..masa tengah menyelinap dalam lorong labour room tu..macam2 yang aku perhatikan..satu bilik untuk satu patient..ada satu bilik yang aku lalu tu..lantai penuh dengan darah..masa tu tirai dia terbuka..pastu bilik depan menjerit2 menahan sakit…pastu satu bilik tu ada baby menangis..baru kluar dari perut agaknya…oohh…aku dah semakin berdebar…tiba2 aku macam tak ready pulak nak bersalin..rasa macam nak patah balik pun ade…seriau pulak tengok orang2 yang kat dalam labour room ni…please aku nak patah balik…huhuhuhu….
 
...12.30pm...
 
Sampai je kat labour room...time ni la nurse suruh aku baring..ada 2 orang doktor..dia bukak satu cabinet..ambik satu alat besi macam bentuk chopstick, tapi depan dia muncung macam mata kail..agaknya tu la alat untuk pecahkan air ketuban kot..dia suruh aku tarik nafas dalam2 dan tahan nafas masa dia nak pecahkan air ketuban aku tu..rasanya pedih2 sikit and ngilu2…time tu la aku terkejut…tiba2 rasa ada banyak cecair keluar yang agak panas dan memang basah katil aku time tu…

"Yang panas2 ni air ketuban saya ke..??"

"Ye puan..tahan sikit ye..skangni bukaan puan masih 3cm..so, kalau dah pecah ni..maybe petang dalam pukul 5 atau 6 nanti baru puan boleh bersalin..biasanya anak sulong bukaan lambat sikit..nanti apa2 puan tekan je button merah tu..takpun panggil je kami..skangni puan berehat dulu ye.."
 
...1.00pm...
Whaattt…??? Aku tengok jam time tu pukul 1.00pm..aku terus mencelah..
"Petang…? Macam lama sangat je..boleh ke saya jalan2 kat sini kejap..?" soal aku, "Eh, tak boleh puan..puan kena baring, sebab kita nak pasang CTG kat perut puan..untuk tengok graf baby and graf contraction puan..lagi satu air ketuban dah pecah..anytime boleh bersalin" bila dengar je doctor cakap camtu..mata aku terkebil2…means aku kena baring kat sini sampai petang lah…bosannya..melilau mata tengok sekeliling..aircond punyalah sejuk..fon takde..ape pun takde..yang ada cuma air zam2 sebotol..time tu sakit tu dah mula datang..suara orang meneran and mengerang kesakitan dari bilik sebelah menyebelah buat aku berdebar pulak.. time ni aku dah mula rasa contraction datang dan pergi..sakitnya mencucuk-cucuk…macam nak tercabut pinggang..macam nak tendang orang pun ada..ehehehe..tapi aku cuba control lagi..

Aku berzikir and baca doa nabi Yunus..’Laaailaa hailla anta..subhanaka innikuntu minazzolimin..Ya Allah..sakitnya...’dalam nada tahan2 sakit tu..aku dok ulang2 ayat yang sama..tiba2 datang sorang nurse dalam lingkungan 50-an macam mak bidan rupa dia, berdiri kat tepi mesin untuk check graf agaknya..tiba2 bersuara "Haaaaaa..doa banyak2 puan..sakit ye puan..macam tu la sakitnya mak kamu masa nak bersalin..sakit nak keluarkan kamu.." aku hanya mampu senyum yang dibuat2 sebab time tu aku memang dah rasa semacam sangat..nurse tu suruh aku mengiring ke kiri...dia kata lagi cepat bukaan cm tu terbukak..mata aku sempat jeling ke arah jam..nak tunggu pukul 5pm lama lagi...aduhaaiii...makin menjadi pulak sakit ni...
 
...2.10pm...
Sakit dah semakin ketara...terlalu sakit..aku tak tau nak gambarkan rasa tu macam mana..perut memulas2..macam nak meneran terberak pun ada..arrgghh..besi katil aku genggam kuat..nak panggil doktor ke tak nak ni, rungut aku dalam hati..betul2 sakit ni..!! time ni aku dah terbayang muka hubby, mak, abah aku...button merah yang aku nak tekan tu terjatuh pulak dari katil...aduuuhh..nak tak nak aku jerit.. "Doktoorrr...!!! Saya rasa macam nak terberak la..sakit sangat perut ni..aduuuhh.."
 
 Nurse yang tegur aku tadi pun datang la terkedek-kedek.. "nak terberak ke terberanak..??"gurau nurse..'eh, nurse ni.. ingat aku main2 ke..?’'dia datang sebelah aku, check graf lagi..sempat dia membebel.. "Tinggi contraction awak ni..tapi baru pukul 2..kejap, sy check bukaan cm dulu"...lepas check tiba2 dia menjerit... "Eh..!! cepatnya awak dah 10cm..??"

 "Patient dah 10cm..!! masuk sekarang...!!" aku terpinga2 tapi perut memang rasa macam nak meletup and meneran..time tu datanglah 4 org tmasuk doctor and nurse berlari2 anak macam askar nak berbaris.. sambil standby apa2 yang patut.. "Okey puan...bila rasa sakit, puan terus teran ye"..aku dah tak tau nak cakap camne..aku cuma ingat cerita orang, time teran tu..fikir kita nak selamatkan baby dari lemas..so aku pun teran...

"Push..puan...pushh...!! puan boleh...!! puan boleh..!!" 2 orang doktor pelatih berdiri sebelah kiri seolah2 tengok perlawanan bola sepak di antara Chelsea lawan MU sedang bersorak memberi sokongan padu pada aku...siap tepuk2 tangan menantikan sebiji bola masuk ke dalam gol..serentak pulak tu...tapi pada aku diorang ni tak membantu pun...

Aku teran lagi sambil genggam kuat besi katil kanan dan kiri...peluh-peluh dingin mula keluar dari kepala..padahal aircond sejuk time tu..tapi still baby tak kuar..doctor psyco aku.. "Kepala baby dah kluar puan..!!! Tapi saya kena gunting sikit...sebab I rasa baby you besar" aku dah mula penat, mamai..rasa macam nak tidur...penangan injetion yang dia cucuk kat belakang aku agaknya...dia gunting pun aku tak rasa ape dah..then bila contraction datang je..aku macam terkejut..terus aku teran lagi. "Teran lagi puan...!! sikit je lagi ni...!! Puuussshhh" sejujurnya aku tak larat dah time ni..rasa macam lari marathon pulak..sangat penat  "Saya tak larat doctor..saya nak minum air boleh..??" terus doktor pelatih capai air zamzam kat sebelah aku..sempatlah aku minum 2-3 teguk air..then, contraction seterusnya datang lagi...time ni aku teran sehabis daya.. "Puuusssshhh...puan...!!! dah nak keluar sangat dah ni...kepala baby dah keluar abis..teran sikit je lagi untuk keluarkan bahu"
 
...2.45pm...
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...Akhirnya.....!!! Qasrina keluar..doktor angkat Qasrina macam pegang ayam togel pulak... "Puan teka, baby apa yang saya pegang?" aku terus tersenyum "Baby girl" dengan tone suara yang lemah..doktor terus letak baby kat atas badan aku..dia langsung tak menangis..Cuma bunyi "Ngek..ngek.." tu pun dua kali je....mata dia terbukak dan terkebil-kebil seolah2 macam silau sangat dengan cahaya bilik tu...aku terus cium kepala dia time tu..wangi..tak  bau darah atau hanyir pun..aku pegang jari jemari dia..rasa macam dalam mimpi..sakit contraction tadi hilang serta merta....

Tiba2 doktor bersuara, "Puan, patutlah puan penat...your baby so big la...hahaha..hari ni u punya baby paling besar..by the way, congratz..."aku tersenyum je time tu, meleleh air mata tiba2..sempat aku ucap terima kasih banyak kali kat diorang semua..tak tau lah berapa kali aku cakap terima kasih..selepas keluarkan uri, then diorang jahit pulak kulit yang dah terkoyak tadi..okey, agak sakit time nak jahit ni..aku difahamkan ada 3 lapisan yang diorang akan jahit..jahitan yang ketiga means kulit yang kat luar tu pedih gila...time ni menggigil jugak kaki aku..tapi bertahan je la...

...4.30pm...

Katil aku di sorongkan untuk keluar dari labour room...hubby dah menuggu kat ruang menuggu rupanya..kesian dia..nurse tinggalkan aku beberapa minit untuk ambil beberapa dokumen sebelum dimasukkan ward biasa...hubby terus meluru ke arah aku..dia usap rambut and cium ubun2 aku, sambil genggam tangan aku..


"Terima kasih, sayang...baby kita comel sangat..gebu..tak sangka baby kita paling besar dalam bilik tu" rupanya sepanjang aku kena jahit tu, dia dah tengok baby dulu..dia kata lama dia usha sorang baby dalam tu..nurse tengah mandikan dia..badan gebu and rambut lebat..tapi time tu dia tak tau yang tu Qasrina..sampailah nurse tu keluar and maklumkan kat dia, yang tu baby kami..hehhehe...punyalah happy dia time tu. "Tapi sakit abang..penat sangat rasanya..rasa macam baru lepas lumba lari.." balas aku... "Takpe, yang penting dua-dua dah selamat sekarang, hati abang tak tenang lagi tadi..sekarang baru lega" ..alamak aihh..macam dalam drama pulak aku rasa..time tu aku fikir nak berehat je..rasa sakit satu badan...maybe sebab pegang besi katil kuat sangat kot....keesokkannya, kami dah boleh keluar....syaratnya, baby mesti dah kencing dan berak...dan aku mesti dalam keadaan sihat...seronok nak bawak balik Qasrina, sebab dia cucu sulong dalam family sebelah aku, manakala di sebelah Rahim (hubby) cucu yang ke- 19...yahhoooooo.....aku dah jadi "MAMA"


 
 
NUR QASRINA RAMADHANI
(Cahaya Istana Ramadhanku)
2.45 pm (Khamis, 2 Ramadhan)
11 Julai 2013
3.86kg

Sunday, October 9, 2011

CIKGUUUUU!! CIKGU FARAH...!!!!! CIKGU NAK PERGI MANA? ='(

Salam semua...
Huwaaaaa...rasanya dah lama sangat aku tak update blog....
Sejujurnya, aku memang busy..memang dah takde masa nak update..
Padahal banyak perkara yang aku nak share dengan kalian semua..

Ok, lupakan pasal tu, perkara yang menarik aku nak kongsikan bersama kalian ialah...
"Kenangan menjadi CIKGU..!!"
Hissshh, skemanya ayat tu...huhuhu..
Menjadi guru bukan semudah kita belajar A,B,C atau 1,2,3..
Tapi ia melibatkan kekuatan fizikal, mental, dan yang paling penting HATI...
Menjerit dalam kelas tu sudah semesti, boleh dikatakan sepanjang waktu proses mengajar, kekuatan vokal tu kena ada...kalau masa akhir tu, lagi la..boleh hilang suara..sampai rumah jadi orang bisu jap..sebab dah tak larat nak bercakap...huhuhu...

Bukan senang nak handle budak darjah 1 dan 2...mereka perlukan SEPENUH bimbingan..kalau setakat berdiri kat depan dan bercakap, boleh tahan lagi...tapi untuk usia macam mereka ni, kita perlu datang dekat, usap belakang dia dan tunjukkan cara kerja dengan betul..maklumlah..mengajar matematik ni kena sabar sikit..bukan semua budak cepat tangkap..
Lagi2 budak yang sedikit nakal, kadang2 ringan jugak tangan aku ni mencubit lengan diorang..mana taknya, kalau dah hari2 tak bawak buku...siapa yang tak marah....tak siap keja sekolah ok lagi, tapi kalau tinggal buku memang aku berasap sikit..

*Masa 1st week, memang aku tak bagi senyuman langsung kat budak2 ni...ni pun atas nasihat cikgu2 yang lain...kalau dah lama2 nanti, barulah boleh gelak2 sikit...hihihihi..kerek gila aku ni....

Tak nak cerita panjang, korang tengok je la gambar yang sempat aku ambil waktu hari terakhir dengan mereka semua...sob..sob..sob.. ='(


Ok, gambar ni, kelas 2 Amanah, aku merupakan guru kelas mereka...punyalah excited, sampai aku pun tak sempat nak duduk, camera dah snap dulu..sabor je la...

Bila dah duduk, diorang himpitnya aku..ceehh..aku akan rindukan diorang semua..budak2 ni semua pandai, sekali ajar terus faham... ='(

Tengok yang belakang tu, aksi nakal budak ni..bukan main lagi...

Okey, yang ni kelas 2 Cerdik, ajar matematik jugak...rasanya diorang ni tak nakal sangat...boleh control lagi jika dibandingkan dengan budak kelas aku tadi..2 Amanah pandai, tapi nakal sikit..hihihi...
Okey, yang ni pulak, kelas 2 Ikhlas, aku nak berjalan pun dah tak boleh...
"Cikgu, betul ke hari ni hari terakhir cikgu..? Kenapa cikgu tak ajar kami lagi? Cikgu takde tak best la..."
Aku hanya mampu tersenyum, tapi dalam hati sebak....sob..sob..

Haaaaa...ni kelas 1 Cerdik, satu2nya budak darjah 1 aku mengajar..kelas ni memang kena bagi sepenuh perhatian....asyik nak pergi tandas je....ni dialog diorang..
"Teacher...saya nak pergi kencing..." sambil goyang badan and kepit kaki...
"Kenapa sampai macam ni sekali...?? Dah tak tahan sangat ke? Cakaplah nak gi tandas" Aku menjawab..
"Teacher, saya dah tak tahan...nak terkeluar dah ni..." 
"Ok2, pegi skang...hissshh kamu ni, waktu rehat tadi tak nak pegi"...

Gambar ni diambil sewaktu karnival mesra sekolah....
 Okey, dari kiri aku, Cikgu Fara, dan Cikgu Hajar...Hajar ni junior sekolah aku, jadi cikgu ganti jugak...
 Bergambar dalam bilik budak prasekolah...tapi ni budak kelas aku, ada pertandingan mewarna...sebab tu kami duduk sini...
Tengok ni, mewarna sambil baring kat bawah meja....pelik...pelik..

Bila tak siap, "Meh, cikgu tolong sikit...kawan-kawan kamu semua dah kuar tengok upin ipin"

Kumpulan UNIC turut dijemput dalam karnival mesra sekolah kami....

 Haaaaa...ni yang budak2 ni dok tunggu...UPIN dan IPIN...!!!!
Sanggup duduk tengah2 panas....sesi beramah mesra dengan upin ipin..

Okey, setakat ni je la yang sempat aku kongsikan bersama kalian semua...Banyak lagi nak cerita, tapi tak perlulah kot....macam2 pengalaman yang aku dapat..rasanya aku pernah update status pasal kenangan pahit aku waktu mengajar kat sekolah ni...huhuhuhu...

Oh ya, sebenarnya kalau nak diikutkan, aku perlu mengajar sampai bulan 11 ni, tapi aku terpaksa berhenti sebab dapat tawaran kerja lain....kerja cikgu ni hanya sementara je...lagipun gaji bukan boleh dapat on the spot..kena tungggu lama sikit...sementara dapat kerja tu, baik aku pergi....

Nasihat saya, hargailah jasa guru mu...bila dah ada pengalaman sendiri, barulah aku tau, susah payah nak jadi guru, guru bukan sekadar mendidik, tapi perlu mendidik mereka supaya menjadi orang yang berguna..nak didik budak zaman sekarang bukan senang..huhuhu...ok la...

Thank you so much to Sek. Keb. Seksyen 24 Shah Alam, sebab bagi saya seribu satu pengalaman dan peluang yang saya tak kan lupakan sampai bila-bila...

SALAM....





Monday, August 8, 2011

Ini Kisah Saya Dengan Dia


Click this video,
dan saya nak awak baca ayat di bawah sambil dengar lagu ni.....
TQ..

Ini adalah kisah saya dengan dia..
Tapi kisah ini hanya sekadar kenangan dan luahan hati saya ...
Saya hanya mampu berserah pada DIA..
Sebab DIA yang menentukan segala-galanya..
Saya serah jodoh saya pada Yang Maha Esa

Hati saya sakit...
Sakit sangat...saya cuba sembunyikan perasaan ini..
Saya tak nak orang lain tahu..
Saya tau, saya selalu menipu perasaan saya depan orang..
Saya cuba ketawa untuk berselindung di sebalik kesedihan saya..
Saya akan senyum sehabis mungkin..
Walaupun pada hakikatnya, di belakang mereka saya menangis..

Kenapa saya perlu menunjukkan kelemahan saya depan mereka...??
Kenapa saya perlu menangis depan mereka..??
Mereka semua tiada kaitan dalam masalah saya..
Saya sedar saya tak sempurna..tak mampu nak bahagiakan dia..
Sebab tu saya undur diri...saya tahu dia mampu bahagia tanpa kehadiran saya..
Dia pernah buktikan sebelum ni, saya akur...dan saya cuba menjauhi dari dia..
Jauh bukan sebab saya tak sayang..
Mengalah bukan erti saya kalah..
Pergi bukan bermakna saya tak cinta...
Saya cuma nak tengok dia bahagia...

Saya pernah cakap dengan diri saya sendiri..
Alangkah bagusnya saya dapat menutup mata untuk selamanya..
Supaya saya tak dapat jumpa dia...
Dan saya tak nak tengok dia bahagia dengan orang lain...
Tapi saya perlu akur dengan takdir..kita tak boleh melawan takdir..
Saya berdosa...
Sepatutnya saya bahagia andai dia bahagia..
Kejamkan saya..??
Bila bersendirian, saya dapat rasa kehadiran dia..
Sebab kenangan lama yang membuatkan saya teringat kat dia..
Kami dah biasa ketawa bersama, bergaduh dan berbaik balik..
Walaupun kami nampak dekat, nampak mesra, tapi pada hakikatnya kami jauh..
Semakin lama semakin jauh...
Seolah-olah ada jurang dan tembok besar yang cuba halang kami untuk bertemu..
Adakah ini ujian yang cuba Allah berikan buat saya dengan dia sebelum kami menuju ke arah yang lebih serius..??

Bila dia takde, saya rasa lain..
Saya tak boleh menipu diri sendiri..
Bohong kalau saya cakap saya tak rindu..
Bila orang tanya, saya akan jawab semuanya baik-baik saja..
Saya sedar, banyak kekurangan saya..
Banyak kesilapan saya..
Tapi kita perlu akui, semua manusia pernah buat silap...

 Allah Maha Penyayang, mungkin Dia cuma nak uji..
Sejauh mana ketabahan saya dalam ujian ini..
Saya tak menolak andai dia datang balik kepada saya..
Sebab kami akui, hubungan mana yang tidak dilanda badai..
Saya pasrah andai dia bukan milik saya...
Terima kasih pada teman yang sentiasa doakan dan sokong kami...
Dengan jarak yang sedia ada ini..
Saya tiada teman lain yang benar-benar memahami..
Allah saja yang tahu duka lara hati saya ini..
Dan saya mula sedar mencintai Allah adalah CINTA YANG ABADI..

"Hati saya telah di curi oleh awak, dan di hancurkan oleh awak..dan serpihan hati ini berkecai kerana awak"

Saya cuma gadis dan insan yang tak sempurna..
Saya juga punya hati dan perasaan sama macam mereka..
Tapi saya selalu pegang kata-kata ni :

"Kalau dia pergi sejauh mana pun, dia terbang setinggi mana pun, dia menyelam sedalam mana pun, andai dia datang balik kat kita, bermakna dia memang ditakdirkan untuk kita"

"Cinta yang Sejati biasanya dia akan datang balik pada kita"



Thursday, August 4, 2011

Jika Aku Jatuh Hati





Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta, 
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMU,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..
Ya Muhaimim
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatimu.
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanmu.
Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihmu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah
Jika aku jatuh hati pada kekasihmu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu.
 Ya Allah
Jika kau halalkan aku merindui kekasihmu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu...

AMINN


Bukan sekadar puisi, tapi merupakan sebuah doa untuk dikongsikan bersama..

Tuesday, August 2, 2011

Kelebihan Doa' Qunut Berserta Maksud

Assalamualaikum..dan Salam Ramadhan..
Maybe nampak agak poyo bila bulan ni entri aku asyik berunsur keagaamaan je..
Yela, aku sedar..aku ni bukanlah bagus sangat nak share benda2 macam ni..
Tapi kalau untuk kebaikan aku dan untuk korang semua, rasanya takde masalahkan..

Aku ni memang tak boleh tulis ayat pendek...
Semua nak panjang...sebab tu kalau korang perasan, status aku semua panjang2...huhuhu..
Maafkan pasal tu okey..kalau tak nak baca, ignore kan je...hehehe....
Aku cuma manusia biasa, tapi selalu berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari semalam..

Bukan apa, nama pun bulan Ramadhan..sementara kita sama-sama nak mempertingkatkan ibadah, sekali-sekala kita kena jenguk dan tahu jugak, apa yang kita lakukan ni selari dengan niat kita atau tidak....?

Entri aku kali ini mengenai doa qunut.. Doa ni memang kita biasa baca dalam solat subuh iaitu selepas ruku' dalam rakaat kedua...kadang kita ni baca je, tapi tak tau apa maksud doa tersebut...

Kalau yang belum tahu, boleh tengok kat bawah ni....Kalau yang dah tau, nak baca pun takde masalah...Kalau korang baca dah kira berdoa jugak...Sama-sama kita hayati maksud doa qunut ni okey...Banyak kelebihan sebenarnya.. Memang bagus ia di baca pada waktu pagi.. Semoga entri kali ni bermanfaat untuk kita semua....



Allah humah dini fiman hadait
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. 

Wa'a fini fiman 'afait
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. 

Watawallani fiman tawalait.
.Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan

Wabarikli fimaa a'tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Waqinii Syarrama qadhait
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan

Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum

Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Walaa ya'izzuman 'adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan

Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu

Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

...AMIN...



Monday, August 1, 2011

Rezeki Di Awal Ramadhan

Syukur Alhamdulillah sangat2...
Kerana kita masih berpeluang menikmati bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan barakah..
Peluang malam terawih ahad yang lepas sehari sebelum umat Islam berpuasa memang aku tak kan lepaskan..
Banyak peluang yang boleh kita ambil pada malam tersebut...
Berdoa dan beribadah di dalam masjid adalah satu amalan yang di tuntut bagi umat Islam..

Sebagai hamba Allah yang lemah..yang sentiasa inginkan ganjaran dalam setiap perkara yang dilakukan...malah terkadang kita lupa akan nikmat yang diberi walau kita sedar kita hidup di dunia ini hanyalah sementara..
Syukur di atas kurniaannya...

....Rezeki pada Hari Pertama Puasa......

Sejujurnya, semalam adalah hari yang penuh dengan senyuman dalam hidup aku..

1)Bangun pagi buka mata "Bersyukur, Allah masih panjangkan usiaku. Dapat menjalani ibadah puasa yang datangnya hanya sebulan sekali dalam setahun. Ganjaran dalam bulan Ramadhan yang tidak bertepi.

2) Badan yang sihat dan bertenaga " Alhamdulillah, tiada sebarang masalah berpuasa pada hari pertama, badan tidak lemah, tidak berasa haus dan tidak sakit kepala. Walaupun penat asyik turun naik tangga settlekan keje."

3) Cuaca yang sangat baik "Perasan atau tidak, cuaca semalam sangat baik.. Walaupun matahari terlalu cerah, tapi angin sentiasa ada dan meniup setiap inci ruang kita...Petanda baik yang Allah bagi buat kita..."

4) Terima gaji duit tusyen "Terlalu awal rasanya, tapi seolah-olah Allah mendengar pengaduan ku semalam, murahkan rezeki ku Ya Allah...walaupun tidaklah terlalu banyak, tapi cukup bagi ku untuk membuat sedikit simpanan, sumbangkan sedikit duit kepada mak abah..belanja adik-adik yang masih bersekolah."

5) Malam seperti biasa, agar ilmu yang dimiliki tidak hilang. aku akan pergi mengajar di seksyen 7..subjek aku tidaklah berat mana, tapi cukuplah aku mencurahkan ilmu kepada yang masih memerlukan...walaupun terasa rugi tidak melaksanakan solat terawih secara berjemaah di masjid, tapi ganjaran itu tetap ada andai dilakukan seorang diri di rumah....ALLAH ITU MAHA PEMURAH...

Doaku agar Allah murahkan rezekiku dan dipermudahkan perjalanan hidupku dalam menempuh bulan Ramadhan yang semamangnya banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita harung..
Perlu menahan nafsu, samada dari perututuran mahupun perbuatan...

Percaya bahawa Allah itu sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk sentiasa mengingati akan suruhannya...kadang manusia tidak sedar akan rezeki yang diperoleh hari..tapi masih merungut dengan kekurangan yang dimiliki...
Bersyukurlah kerana kita masih bernafas.... Bersyukurlah kerana kita dikurniakan sihat tubuh badan jika dibandingkan dengan orang yang kurang upaya... Bersyukurlah kerana kita masih boleh tersenyum dan ketawa.... Sentiasa mengingati Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa kita BESAR GANJARANNYA..

Tanamkan dalam hati seikhlas-ikhlasnya bahawa bulan Ramadhan ini adalah bulan yang terakhir bagi kita...dan lakukan amalan dengan sesungguh-sungguhnya..semoga Allah merahmati hidup kita dan ampuni dosa-dosa kita samada kecil atau besar....
ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN....

"SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT"

Amin